示意图

最近,有人建议废除马来西亚任何罪行的死刑。被判死刑的罪犯将以其他惩罚所取代,例如终身监禁。此建议在民间引起讨论。虽然有不少人赞成,但也有不少人反对。

目前世界上,有106个国家没有死刑,而56个国家仍在执行死刑。与此同时,有些国家原本是有死刑,但随后废除之,如葡萄牙、丹麦、法国、荷兰等。还有一些国家仅针对谋杀案废除死刑,例如1965年的英国和2017年的肯亚。

废除死刑的建议,基本上符合国际人权观。此外也有很多案例显示,死刑执行后,发现供词有疑点,但死者已回不来了。因此,死者可说遭到迫害。

在伊斯兰历史中,死刑一直存在迄今。虽然不是全部,但不可否认的是,有许多情况下,无辜的人也被判死刑。他们是因政治干涉下被判刑。

翻案成功亦无用

例如,先知死亡后的200年,有一个名叫阿末纳斯(Ahmad bin Nasr al-Khuzaie)的人,因经常批评当时的AL Wasiq政府,而被政府以叛教罪名处死。

同样,在1985年时,苏丹的穆斯林学者赛益马末塔哈(Shaykh Mahmud Taha)也被政府指控叛教判处死刑。

这只是两个案例,还有更多涉及政府不正当的使用死刑案例。因此,在政权更换后,即使翻案成功也是无用的,因为人已经死了。

在伊斯兰传统法学角度,法律实施有三个目的:一,防止犯罪分子重复犯罪;二,在民众心中起吓阻作用,阻遏他们犯罪,三,消解受害者家属心中的仇恨。

因此,在死刑上,伊斯兰法仅限于四种罪行:一,叛教;二,淫乱罪(zina Muhsan,即已婚人士涉及通奸将被处石刑);三,杀人罪(Qisas);四,叛乱。

对叛教和淫乱罪判处死刑上,伊斯兰学者对是否存在此判决,存有分歧。有些人认为,死刑判决是存在的,有些人则认为,不存在死刑。然而,多数人的观点是认为,叛教和淫乱罪判决是死刑。

不符尊重生命原则

对于叛教罪行的死刑,不认同的伊斯兰学者认为,《可兰经》中不存在此观点。在《圣训》中,对死刑的真实性存在著争议。此外,死刑不符伊斯兰所强调的尊重生命原则,并违背了《可兰经》的经文,如“宗教绝无强迫”,也与《可兰经》的“真理是从你们的主降示的,谁愿信道就让他信吧,谁不愿信道,就让他不信吧。”经句互相矛盾。

一些伊斯兰学者也以同样的理由,拒绝对淫乱处于石刑,即在《可兰经》中不存在如此判决。反之,《圣训》里解释此刑罚的字句,备受质疑。事实上,它与伊斯兰强调的尊重生命原则互相矛盾,并且与《圣训》里强调的禁止残酷杀害动物有所冲突,更不要说对人类进行杀戮。

从《可兰经》的角度来看,死刑只在涉及两项罪行时提到,即杀人偿命(Qisas)和叛乱罪的惩罚。但是,其处罚不是强制性的,反而是可通过选择其他方式或宽恕来替代。

法官拥有裁决权

例如,在《可兰经》称为Qisas(人身伤害)的罪行中,对于谋杀罪,当证明凶手是蓄意时,法官不能直接判处死刑,而要询问受害者的家属是否愿意原谅。如果受害者家属选择不原谅,则杀人者将判处死刑。然而,《可兰经》经文也有建议受害者家人选择宽恕。当受害者的家人宽恕时,杀人者就能解除死刑。但是,这是不足够的。为了消解受害者家人的仇恨,杀人者须依据法官的裁决,支付一笔庞大的偿金给受害者家人。

对于叛乱罪,在《可兰经》中没说死刑是唯一惩罚。反而,提出四种惩罚方式由法官选择:即被杀死、钉在十字架上、切断手脚或流放。

从以上讨论,总结如下:首先,在伊斯兰历史中,死刑经常被滥用,例如政府向批评者实施死刑;其次,从《可兰经》的角度来看,死刑只用在两种情况,即人身伤害(Qisas)和叛乱罪。即便如此,死刑不是强制的,反而赋予法官拥有一定空间,决定要不要杀死犯罪者(叛乱罪),或让受害家属原谅凶手(杀人偿命罪);第三,对于叛教和淫乱罪,穆斯林社会曾执行过死刑,但伊斯兰学者对此存争议,因为这违背了《可兰经》和伊斯兰的基本原则。

《从伊斯兰角度看死刑》原文(Hukuman mati dari perspektif Islam):

Baru-baru ini, tersebar cadangan pemansuhan hukuman mati bagi sebarang kesalahan di Malaysia. Pesalah yang disabitkan hukuman mati akan digantikan dengan hukuman lain yang munasabah, seperti penjara seumur hidup. Cadangan tersebut melahirkan perbincangan dalam kalangan rakyat. Walaupun agak ramai yang bersetuju, tetapi tidak kurang juga yang menolak cadangan terbabit.

Dalam dunia, terdapat 106 buah negara sememangnya tidak mempunyai hukuman mati bagi sebarang kesalahan, sedangkan 56 buah negara yang masih lagi mengamalkan hukuman terbabit. Dalam pada itu, ada beberapa buah negara yang asalnya wujud hukuman mati, tetapi kemudiannya memansuhkannya, seperti Portugal, Denmark, Perancis, Belanda dan sebagainya. Ada pula negara yang memansuhkan hukuman mati bagi kesalahan membunuh sahaja, seperti United Kingdom pada tahun 1965 dan Kenya pada tahun 2017.

Cadangan pemansuhan hukuman mati ini, pada dasarnya selaras dengan hak asasi manusia antarabangsa, di samping terdapat banyak kes yang berlaku bahawa setelah hukuman mati dilaksanakan, didapati terdapat keterangan palsu yang sudah pasti tidak dapat dirujuk kembali kerana individu terbabit sudah mati. Dengan demikian, individu terbabit dianggap sebagai dizalimi.

Sejarah umat Islam

Dalam sejarah umat Islam, hukuman mati dilaksanakan turun temurun sehingga hari ini. Walaupun bukan semua, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak kejadian di mana hukuman dikenakan kepada orang yang tidak bersalah. Mereka dijatuhkan hukuman kerana ada campur tangan politik.

Contohnya, 200 tahun selepas wafat Nabi, terdapat seorang ulama Islam bernama Ahmad bin Nasr al-Khuzaie yang kerap mengkritik pemerintah ketika itu bernama al-Wasiq. Akhirnya, beliau dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan dengan semata-mata tuduhan kononnya beliau murtad. Demikian juga, seorang ilmuwan muslim dari Sudan bernama Syaikh Mahmud Taha yang dituduh murtad oleh kerajaan sehingga beliau dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1985.

Bukan sekadar dua kisah ini, malahan banyak lagi kes yang melibatkan penggunaan hukuman mati oleh kerajaan tidak berada pada landasan sebenar. Dengan demikian, setelah bertukar kerajaan, kes tersebut dianggap sia-sia sahaja dirujuk kembali kerana individu terbabit telah mati.

Dari sudut Fiqh Islam

Dalam tradisi fiqh Islam, sesuatu hukum itu dilaksanakan dengan tiga tujuan: (a) mencegah penjenayah dari mengulangi jenayah; (b) melahirkan kegerunan dalam hati orang lain dari melakukan sepertimana yang dilakukan penjenayah, dan (c) menghilangkan dendam dalam jiwa keluarga mangsa.

Maka dengan demikian, dalam sudut hukuman mati, perbincangan fiqh Islam dibataskan kepada empat kesalahan: (a) murtad; (b) zina Muhsan (iaitu zina melibatkan individu yang sudah berkahwin dengan rejam sehingga mati); (c) hukuman bunuh balas (Qisas); dan (d) pemberontakan.

Pada hukuman mati bagi kesalahan murtad dan zina Muhsan, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama Islam terhadap kewujudan hukuman tersebut. Ada sebilangan mereka menganggap wujud, dan sebilangan lain anggap tidak wujud. Walau bagaimanapun, pandangan yang mengatakan wujud hukuman mati bagi kesalahan murtad dan zina muhsan adalah pandangan yang majoriti.

Bagi hukuman mati bagi kesalahan murtad, ulama Islam yang menolaknya berhujah bahawa ia tidak wujud dalam al-Quran. Dalam Hadis itu pula berlaku pertikaian terhadap kesahihannya. Ditambah lagi, ia bercanggah dengan prinsip penjagaan nyawa yang ditekankan dalam Islam, dan bercanggah dengan ayat al-Quran “tiada paksaan dalam agama” (Surah al-Baqarah 2 : 256). Juga bercanggah dengan ayat al-Quran, “Sesiapa yang mahu, maka berimanlah. Sesiapa yang mahu, maka kufurlah” (Surah al-Kahfi 18 : 29).  

Bagi hukuman rejam sampai bagi kesalahan zina muhsan pula, mereka menolak dengan alasan yang hampir sama, iaitu ia tidak wujud dalam al-Quran. Malahan, hadis yang menjelaskan hukuman itu pula turut dipertikaikan kesahihannya. Bahkan, ia turut bercanggah dengan prinsip jaga nyawa yang ditekankan dalam Islam dan bercanggah dengan hadis yang melarang membunuh secara sadis kepada binatang yang sudah pasti tidak boleh dilakukan terhadap manusia.

Dari sudut al-Quran pula, hukuman mati dinyatakan hanya pada dua kesalahan sahaja, iaitu hukuman Qisas, dan hukuman terhadap pemberontak. Pun begitu, hukuman tersebut tidak bersifat mandatori, tetapi terbuka ruang untuk dilepaskan dengan cara diberi pilihan atau pemaafan.

Contohnya, bagi kesalahan membunuh dengan sengaja yang dikenakan hukuman bunuh balas, atau dikenali dalam bahasa al-Quran sebagai Qisas; apabila berjaya dibuktikan bahawa pembunuh itu membunuh dengan sengaja, maka hakim tidak boleh terus menjatuhkan hukuman, sebaliknya perlu bertanya kepada ahli keluarga mangsa bunuh, apakah mereka mahu memaafkan atau tidak.

Jika tidak memaafkan, maka hukuman bunuh akan dikenakan kepada pembunuh. Walau bagaimana pun al-Quran menyarankan kepada ahli keluarga tersebut mengambil sikap memaafkan (Surah al-Baqarah 2 : 178 – 179). Apabila keluarga mangsa memaafkan, maka pembunuh terlepas dari hukuman bunuh. Namun begitu, tidak cukup sekadar itu. Untuk menghilangkan dendam dalam jiwa keluarga mangsa, maka pembunuh yang dimaafkan itu wajib membayar diyat, iaitu membayar sejumlah wang dalam kadar yang besar kepada ahli keluarga terbabit berdasarkan keputusan yang ditetapkan oleh Hakim (Surah al-Maidah 5 : 45).

Bagi kesalahan pemberontakan pula, dalam al-Quran tidak dinyatakan bahawa hukuman mati sebagai satu-satunya hukuman. Sebaliknya, dicadangkan empat hukuman pilihan yang terpulang kepada hakim untuk memilih mana yang dia mahu; iaitu sama ada dibunuh, disalibkan, dipotong tangan dan kaki secara bersilang atau dibuang daerah (Surah al-Maidah 5 : 45).

Kesimpulan

Dari perbahasan di atas, disimpulkan seperti berikut:

Pertama, dalam sejarah umat islam hukuman mati sering digunakan dalam perkara yang tidak sepatutnya, seperti kerajaan menjatuhkan hukuman mati kepada orang yang mengkritik mereka;

Kedua, dari sudut al-Quran, hukuman bunuh yang dipamerkan dalam dua perkara, iaitu Qisas (bunuh balas) dan pemberontakan. Itupun, hukuman mati itu tidak bersifat mandatori, sebaliknya diberi ruang kepada hakim untuk memilih untuk membunuh atau tidak (bagi kesalahan pemberontakan), atau diberikan ruangan kepada ahli keluarga memaafkan (bagi kesalahan qisas);

Ketiga, bagi kesalahan murtad dan zina muhsan pula, hukuman bunuh itu pernah berlaku dalam pengamalan umat Islam, tetapi kewujudan hukuman tersebut berlaku pertikaian dalam kalangan ulama Islam dengan alasan ia bercanggah dengan al-Quran dan prinsip dasar bagi Islam.

万吉

80后,毕业于埃及Al-Azhar大学,在马来西亚吉兰丹大学完成硕士论文,现在是博士学位候选人。著作有《Aku bukan kafir》、《Kesederhanaan Nik Abdul Aziz》等。曾出任槟城首长资讯官,目前为大同工作室学术主任。