雪州淡江州议员沙阿里宋吉(Saari Sungib)不仅在穆斯林中很有名,对于非穆斯林社会而言也不陌生,尤其是社运份子和活跃于非政府组织者。
大同工作室与隆雪华青日前就邀请沙阿里宋吉分享其参与伊斯兰运动的经验,以及如何评价其发展。邀请沙阿里宋吉,主要是他在伊斯兰课题上态度与立场的变化,特别是全球与本地都在热议的“伊斯兰国”论述,值得马来西亚人参照。
毫无疑问,世界上有许多伊斯兰运动组织。特别是埃及著名学者赛库特布(Syed Qutb)去世后(穆斯林兄弟会的激进人物之一,1966年遭埃及政府处死),据沙阿里宋吉的说法,催生了60多个组织。然而,在我国,伊斯兰运动(伊斯兰革新理事会/JIM,穆斯林青年运动/ABIM和伊党)主要是受到两个组织影响,即埃及穆斯林兄弟会和巴基斯坦伊斯兰促进会(Jamaat Islami)。
非黑即白
本地伊斯兰运动能接受穆斯林兄弟会和伊斯兰促进会,主要是他们的论述“非黑即白”;即如果不是伊斯兰,就是异教徒。
对他们而言,作为穆斯林,就应该支持伊斯兰国概念,执行伊斯兰法(固刑/Hudud-Qisas),非穆斯林被视为二等公民(友好异教徒kafir zimmi),不可推举非穆斯林为领袖等等。如果不接受这些条件,他们也将被视为“非穆斯林”。即便是穆斯林,他们也将在来世里得不到安宁。他们将被视为上帝的罪人。
“非黑即白”的论述导致正义议题、对自由的追求、何谓公民的权利──这些论述都被矮化了。任何要带出这些议题的人,都会被认为是亲西方的、亲异教徒的。
因此,伊党主席哈迪阿旺被视为崇高的领袖。特别是,哈迪阿旺在演讲中带出的“伊斯兰和异教”主题,更衍生出哈迪训词(Amanat Hadi)。这对马来西亚伊斯兰运动带来重大影响。
根据沙阿里宋吉的说法,哈迪的论述与当时身在ABIM的另一名伊斯兰运动重要领袖安华的论述有所不同,安华谈的是正义、自由和反对压迫。这样的论述,并无法让那些受穆斯林兄弟会和伊斯兰促进会影响的人感兴趣。
思维方式发生变化
然而,1998年是一个转折点。安华提出的改革议程,使所有穆斯林运动团结起来。安华在ABIM的亲密战友,曾参与ABIM的伊党已故主席法兹诺、来自JIM的沙阿里宋吉等,他们都愿意支持改革议程。此后,他们的伊斯兰色彩逐渐淡化。
无论喜欢与否,安华的论述与世界上伊斯兰运动的论述有所不同。在20世纪70年代,所有伊斯兰运动都在谈“伊斯兰国度里的非穆斯林”,但身在ABIM的安华却提出“多元社会中的伊斯兰教”。事实上,根据沙阿里宋吉,当全球伊斯兰运动的领导人在讨论落实伊斯兰法时,安华谈论的是更根本的国家概念,如自由和正义。
虽然伊斯兰运动成员之间,对这些论述反应一般,但1998年烈火莫熄运动洗礼后,这种论述成为伊斯兰运动人物心中的主要关注点之一。同时,伊斯兰运动成员圈子也不再只是穆斯林之间,而是扩大到非穆斯林。结果,伊斯兰运动成员的思维方式也发生变化。
这一变化意义重大,讲座当晚,沙阿里宋吉就公开的拒绝伊斯兰国概念,也不会对本身能接受非穆斯林统治感到尴尬。他不只承认许多由非穆斯林治理的国家比由穆斯林治理的国家要好得多,同时,他也从圣训中提出这样的论点,即在先知时代,在埃塞俄比亚就出现了一名信仰基督教的国王奈加希(AL-Najashi)。先知评价奈加希王朝是一个“公平”的政府,即使奈加希改信伊斯兰后,他继续保持一贯的公正统治,没有标榜这是伊斯兰政府。
伊斯兰国概念淡化
从本文,可总结出:一,我国的伊斯兰运动,不管是从JIM分裂后衍生的IKRAM和ISMA,或者从伊党分裂出来诚信党,他们都受到穆斯林兄弟会和伊斯兰促进会所影响。
二,我国伊斯兰运动思维的转变离不开安华的论述方式,尤其是1998年安华被革除副首相后推动的烈火莫熄运动。三,尽管伊斯兰运动的根本是伊斯兰国概念,但这概念日益淡化,以致许多伊斯兰运动参与者已接受世俗国的概念,甚至国家重要领导人是非穆斯林。
《反思伊斯兰运动》(Menilai Semula Gerakan Islam)原文:
Kita mungkin mengkagumi seseorang, tanpa kita ketahui latar kehidupannya. Seseorang tokoh besar yang membicarakan idea-idea besar, terdapat pengaruh kehidupan yang amat mencabar di sebaliknya. Buku bacaannya, pengalaman dialognya, rintangan dan cabaran kehidupan... kesemua itu faktor terpenting yang mempengaruhi kehidupan seseorang tokoh.
Saari Sungib bukan sekadar terkenal dalam kalangan muslim, malahan nama beliau tidak asing bagi masyarakat non-muslim, terutama dari kalangan aktivis dan mereka yang bergerak dalam badan bukan kerajaan (NGO). Boleh dikatakan, semua bangsa dan penganut agama di Malaysia merasa senang dengan ketokohan Saari Sungib yang kini ADUN Hulu Kelang.
Atas semangat itu, SAUDARA bersama Pemuda KLSCAH mengundang Saari Sungip untuk berkongsi pengalaman dan penilaian beliau terhadap gerakan Islam. Sengaja beliau dijemput, kerana melihat perubahan dalam diri beliau dalam menanggapi isu-isu Islam di Malaysia, terutama ketika mengambil sikap terhadap isu negara Islam yang merupakan perkara induk dalam wacana gerakan Islam di dunia, khususnya di Malaysia.
Gerakan Islam
Tidak dinafikan, amat banyak pertubuhan gerakan Islam di dunia ini. Terutama selepas kematian Syed Qutb (salah seorang tokoh radikal dari Ikhwan, mati digantung oleh kerajaan Mesir pada tahun 1966), yang menurut Saari Sungib, lahir lebih 60 buah pertubuhan. Walaupun begitu, di Malaysia, gerakan Islam (JIM, ABIM dan PAS) terpengaruh dengan dua sahaja, iaitu Ikhwan Muslimin dari Mesir dan Jamaat Islami dari Pakistan.
Gerakan Islam seperti Ikhwan dan Jemaat Islami diterima kerana naratif agama mereka hanya “hitam-putih”; iaitu jika tidak Islam, maka itu kufur. Pada mereka, sebagai muslim, seharusnya menyokong negara Islam, pelaksanaan Syariah (Hudud-Qisas), non-muslim perlu dilihat sebagai golongan kelas kedua (diistilahkan sebagai kafir zimmi), tidak boleh angkat pemimpin dari kalangan non-muslim dan banyak lagi. Jika tidak terima, mereka dianggap tidak muslim. Andai muslim pun, mereka muslim yang tidak selamat di akhirat. Mereka dianggap muslim yang berdosa kepada Tuhan.
Naratif “hitam-putih” ini menyebabkan tajuk keadilan, perlukah kebebasan, apakah hak warganegara -- semua wacana ini dianak-tirikan. Sesiapa sahaja yang membawa naratif itu, akan dianggap pro-Barat, pro-kekufuran. Dengan sebab itu, Abdul Hadi Awang dianggap sebagai tokoh yang disanjung. Lebih-lebih lagi, Abdul Hadi Awang membawa tajuk “garis Islam dan kufur” dalam wacana sehingga melahirkan “Amanat Hadi”. Ia ternyata memberi kesan besar kepada seluruh ahli gerakan Islam di Malaysia.
Menurut Saari Sungib, naratif ini berbeza dengan apa yang dibawa oleh Anwar Ibrahim yang ketika itu salah seorang tokoh besar dalam gerakan Islam di Malaysia yang menggunakan wadah ABIM. Beliau bercakap tentang keadilan, melawan penindasan dan kebebasan. Naratif ini agak kurang diminati oleh mereka yang terpengaruh dengan Ikhwan dan Jamaat Islami secara langsung.
Bagaimanapun, sejarah 1998 adalah titik perubahan. Agenda reformasi yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim menyebabkan semua gerakan Islam bersatu. Teman-teman rapat Anwar dari ABIM, Presiden PAS, Ustaz Fadzil Noor yang juga pernah terlibat dengan ABIM, Saari Sungib dari JIM dan banyak lagi. Kesemua mereka bersedia mendokong agenda reformasi. Sejak dari itu, wacana mereka berkenaan Islam semakin lama semakin mencair.
Negara Islam
Suka atau tidak, wacana Anwar Ibrahim ketika itu agak berlainan berbanding dengan wacana gerakan Islam di dunia. Pada tahun 1970-an, seluruh gerakan Islam berbicara berkenaan “non-muslim dalam negara Islam”, namun Anwar Ibrahim yang menggunakan wadah ABIM pula membawa wacana “Islam dalam masyarakat majmuk”. Malahan, menurut Saari Sungib, pada saat tokoh gerakan Islam di dunia membincangkan pelaksanaan syariah, Anwar Ibrahim membincangkan perkara yang lebih mendasar dalam konsep bernegara, seperti konsep kebebasan dan keadilan.
Walaupun wacana itu agak hambar dalam kalangan ahli gerakan Islam, tetapi selepas sejarah reformasi 1998, wacana ini menjadi antara perkara induk dalam pemikiran tokoh-tokoh gerakan Islam. Pergaulan kalangan ahli gerakan Islam tidak lagi sesama muslim, tetapi sudah melebar kepada kalangan non-muslim. Kesannya, cara berfikir ahli gerakan Islam semakin berubah.
Perubahan itu amat ketara, apabila pada malam itu, Saari Sungib secara terang-terangan menolak konsep negara Islam dan tidak janggal untuk menerima sebuah negara yang diperintah oleh orang yang tidak beragama Islam. Bukan sekadar mengakui banyak negara yang diperintah non-muslim itu jauh lebih baik berbanding negara yang diperintah oleh muslim, malahan pendirian beliau itu dihujah dengan Hadis, iaitu pada Zaman Nabi terdapat seorang Raja Kristian dari Habsyah yang bernama al-Najashi. Kerajaan beliau diiktiraf sebagai “adil” oleh Nabi Muhammad, malahan setelah al-Najashi memeluk Islam pun, beliau terus mengekalkan pemerintahannya, dengan meneruskan pendekatan adil seperti biasa, tanpa digezetkan kerajaan itu sebagai Islam.
Penutup
Dari tulisan ini, antara perkara yang dapat disimpulkan adalah seperti berikut:
Pertama, gerakan Islam di Malaysia seperti JIM yang kemudiannya berpecah menjadi IKRAM dan ISMA, PAS yang terpecah dua menjadi AMANAH. Hakikatnya mereka mendapat pengaruh dari dua gerakan Islam dunia, iaitu Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna dan Jemaat Islami yang diasaskan oleh Abu ‘Ala al-Maududi.
Kedua, perubahan pemikiran gerakan Islam di Malaysia tidak boleh lepas dari pendekatan Anwar Ibrahim, terutama selepas tercetusnya sejarah reformasi tahun 1998 yang melibatkan pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Ketiga, walaupun asas induk pemikiran gerakan Islam adalah konsep negara Islam, tetapi konsep ini semakin mencair, sehinggakan terdapat ramai ahli gerakan Islam sudah menerima konsep negara sekular, malahan negara yang pemimpin utama negara adalah orang bukan Islam.
【请继续支持我们,推荐下载东方日报APP】
Google Play:https://odn.my/android
HUAWEI AppGallery:https://odn.my/appgallery