君主制不是一种新的政治制度。从希腊哲学家时代开始,已在议论君主制的正当性。因此,君主制在伊斯兰时代之前就存在。在阿拉伯世界,先知穆罕默德诞生之前,政治上除了有部落制度和地主制外,在麦加和麦地那附近一些地区已存在君主制。

在埃及,如今称为阿拉伯埃及共和国,在摩西时代之前,就已存在君主制。在古埃及语(科普特人语),他们的国王称为法老。

《可兰经》里也有叙述所罗门的统治,许多穆斯林学者将其统治方式,定义为君主制。他们的论点是,所罗门王位继承自父亲大卫王,而大卫王是继承其岳父扫罗王之王位。

先知时代不重血统

从伊斯兰角度言,当然应该以先知穆罕默德时代的做法,作为执政体系的依据。如果不能,至少也应参照先知逝世后的哈里发统治时代方式,哈理发一共有4任统治者,即阿布峇卡西迪、乌玛阿卡达、奥斯曼阿凡、赛地纳阿里。更何况,先知曾指他们是最好的典范。

虽然君主制在先知诞生之前就存在,但先知被任命为麦地那政府领袖时,就没涉及君主制。众所周知,先知来自麦加。然而,先知来到麦地那初期,就被广大麦地那民众接受,当时麦地那社会由不同族群和宗教组成,他们并不是基于先知的血缘,而是在麦地那民众的协议下,推选先知为领袖。

先知穆罕默德去世前也不曾指示,政府首脑的人选,一定要来自其“血统”或后代人选。显然,在政治制度上,先知实践的并不是君主制。

先知曾指示效仿他的四个好友:阿布峇卡西迪、乌玛阿卡达、奥斯曼阿凡、赛地纳阿里。有趣的是,先知去世后,麦地那政府首脑任命上出现动荡,当时麦地那当地社会展开运动,要求委任当地人选,而不是从麦加迁移到麦地那的移民。

然而,在来自麦加的阿布峇卡西迪和乌玛阿卡达能言善道下,最终所有出席阿尔纳达瓦(Daral-Nadwah,类似现代的州议会)者同意任命阿布峇卡西迪。

不仅阿布峇卡西迪,乌玛阿卡达也不是麦地那原住民。阿布峇卡西迪死前,就指示麦地那人接受乌玛阿卡达,并任命为麦地那的政府首脑。基于先知时代的乌玛阿卡达已渐露头角,因此他的任命没有受到异议。

乌玛阿卡达执政下进入辉煌时期,其王朝也声名远播。即便如此,他最终遭到刺杀。在临死前,他选了一些人选,并吩咐交由民众去决定。最后,所有人都同意委任奥斯曼阿凡为政府首脑。

在伊斯兰历史中,类似杀戮的悲剧非常多。在历史记录中,奥斯曼也是被杀死的。随之而来的是混乱和政治动荡,最终阿拉伯酋长同意任命赛地纳阿里为政府首脑。

穆斯林君主制起点

从哈理发王朝4位伊斯兰领袖的推选,可发现他们把人民的认可,视为政权的正当性,而不是源自世袭的君主制。

在穆斯林的历史,君主制开始于穆阿维雅(Muawiyyah)时代,也就是后来的乌玛雅王朝(Umawiyyah)。除了首都设在大马士革(今叙利亚)的乌玛雅王朝外,在穆斯林历史上,还有两个主要的王朝,即乌玛雅王朝没落后,首都位于巴格达(伊拉克)的阿拔斯王朝(Abbasiyyah),以及阿拔斯王朝灭亡后,首都位于土耳其的奥斯曼帝国(Osmaniyyah)。

两种诠释

当然,在穆斯林历史上君主制的历史并不仅仅限于这些三个朝代,也有一些小的王朝,如位于埃及的法蒂玛王朝(Fatimiyyah)和阿尤布王朝(Ayubiyyah),或者土耳其的沙祖其王朝(Saljukiyyah)等。

在伊斯兰学者中,伊斯兰对君主制的诠释有两种观点。认同君主制者表示,可接受君主制的实践,因为这是先知友人穆阿维雅实践的体制。

对于不认同者,他们认为穆阿维雅实践君主制时,遭到先知的其他友人反对,同时伊斯兰也表明统治者的委任须依据其能力。这是依据《可兰经》第4章第58节经文以及先知曾言,如果事物没交给应受的人,就等待毁灭吧。从这两句经文,他们总结出,在伊斯兰,权位应是依据能力而非世袭来安排。至于继承者的条件,这一派伊斯兰学者认为,继承者必须符合两项基本要求,即能力和诚信。

《伊斯兰与君主制》(Islam dengan Monarki)原文:

Sistem monarki bukan satu sistem politik yang baru. Semenjak zaman ahli falsafah Yunani, wacana berkenaan keabsahan monarki telah dibincangkan sedemikian rupa. Dengan sebab itu, monarki sudah wujud sebelum zaman Islam lagi. Sebelum kelahiran Nabi Muhammad  di samping terdapat sistem kabilah dan sistem tuan tanah dalam politik, terdapat beberapa wilayah yang sekitar Mekah dan Madinah yang sudah mengamalkan sistem monarki.

Di Mesir (Egypt) yang kini dikenali Republik Arab Mesir, sebelum zaman Nabi Musa pun, sudah diamalkan pemerintahan Monarki  dalam bahasa bahasa Mesir kuno (Qibti), raja mereka dipanggil sebagai Firaun.

Al-Quran juga pernah mengisahkan pemerintahan Nabi Sulaiman yang ditafsirkan ramai ilmuwan muslim sebagai pemerintahan Monarki. Hujah mereka, Nabi Sulaiman menjadi penguasa sebagai menyambung pemerintahan bapa beliau, Nabi Daud  yang Nabi Daud itu pula mengambil pemerintah dari bapa mertuanya, iaitu Raja Talut.

Era Nabi

Dari sudut Islam, sudah pasti sistem pemerintahan yang perlu dijadikan sandaran adalah merujuk kepada amalan Nabi Muhammad saw. Paling tidak pun, cara pemerintahan khalifah selepas Baginda, iaitu pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Osman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Apatah lagi, Nabi pernah menyatakan bahawa mereka adalah teladan sebaik-baiknya.

Walaupun sistem monarki sudah wujud sebelum kelahiran Nabi, didapati Nabi saw dilantik menjadi ketua kerajaan di Madinah tanpa melibatkan amalan sistem monarki.

Sebagaimana yang sedia maklum, Nabi berasal dari Mekah. Pun begitu, pada peringkat awal Nabi saw sampai di Madinah, Baginda diterima oleh majoriti rakyat Madinah  penerimaan dari masyarakat yang terdiri dari kepelbagaian bangsa dan anutan agama itu, bukan kerana faktor keturunan, tetapi berdasarkan persetujuan rakyat Madinah (ketika itu bernama Yasrib).

Sebelum kewafatan, Nabi Muhammad tidak pernah berpesan agar pelantikan ketua kerajaan semestinya dari ¨darah dan keturunan〃 Nabi. Jelas, bahawa Nabi saw tidak mengamalkan Monarki dalam berpolitik.

Era Khalifah

Nabi saw pernah berpesan agar mencontohi empat orang sahabat Baginda; Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Osman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.

Menarik untuk direnung, bahawa selepas kewafatan Nabi, berlaku kekecohan berkenaan pelantikan ketua kerajaan Madinah - masyarakat peribumi Madinah berkempen agar pelantikan ketua kerajaan perlu dari kalangan masyarakat peribumi, bukan lagi daripada masyarakat Mekah yang berhijrah ke Madinah.

Namun, dengan kebijaksanaan ucapan beberapa tokoh yang berasal dari Mekah seperti Abu Bakar al-Siddiq dan Umar bin al-Khattab, akhirnya semua hadirin di Dar al-Nadwah (lebih kurang macam dewan rakyat pada zaman kini) bersetuju untuk melantik Abu Bakar al-Siddiq sebagai ketua kerajaan Madinah, walaupun beliau bukan dari kalangan peribumi Madinah. 

Bukan sekadar Abu Bakar, malah Umar bin al-Khattab juga bukan peribumi Madinah - ketika Abu Bakar al-Siddiq hampir dengan kematian, beliau berpesan agar rakyat Madinah menerima pelantikan Umar bin al-Khattab sebagai ketua kerajaan Madinah. Dengan kebijaksanaan yang terserlah pada diri Umar sejak era Nabi masih hidup, menyebabkan pelantikan beliau diterima tanpa bantahan.

Pemerintahan Umar amat gemilang, malah pemerintahannya terkenal di seantero dunia. Pun begitu, beliau dibunuh. Pada saat hampir dengan kematian, beliau mencalonkan beberapa nama untuk diserahkan pelantikannya berdasarkan persetujuan rakyat. Akhirnya semua bersetuju melantik Osman bin Affan sebagai ketua kerajaan.

Dalam sejarah Islam, tragedi hitam ini amat banyak. Dengan sebab itu, sejarah mencatatkan bahawa Osman dibunuh. Dengan kelam kabut dan kekacauan politik ketika itu, akhirnya pembesar-pembesar Arab bersetuju untuk melantik Ali bin Abi Talib sebagai ketua kerajaan.

Dari gambaran pelantikan keempat-empat tokoh Islam yang dipesan Nabi agar diteladani, didapati mereka melihat persetujuan rakyat dalam mengabsahkan pelantikan, bukan mengamalkan sistem monarki secara keturunan.

Bermulanya Monarki

Dalam sejarah muslim, monarki bermula pada era pemerintahan Muawiyyah bin Abi Sufyan yang kemudian dikenali sebagai Dinasti Umawiyyah. Di samping dinasti Umawiyyah yang berpusat di Damsyiq, terdapat dua lagi dinasti besar dalam sejarah muslim, iaitu Dinasti Abbasiyah yang berpusat di Baghdad - lahir selepas kejatuhan Umawiyyah, dan Dinasti Osmaniyyah yang berpusat di Turki - lahir selepas kejatuhan Dinasti Abbasiyyah.

Sejarah pemerintahan secara monarki dalam sejarah muslim ini tidak terbatas kepada tiga dinasti ini sahaja, tetapi terdapat beberapa dinasti kecil, seperti Dinasti Fatimiyyah dan Ayubiyyah yang bertapak di Mesir, atau Dinasti Saljukiyyah yang bertapak di beberapa wilayah di Turki dan banyak lagi.

Penutup

Dalam kalangan ulama Islam, terdapat dua pendirian dalam menafsirkan sikap Islam terhadap monarki. Kalangan yang bersetuju menganggap, amalan monarki diterima kerana ia pernah diamalkan oleh sahabat Nabi  Muawiyyah bin Abi Sufyan.

Di pihak yang tidak bersetuju pula beranggapan, Muawiyyah yang melaksanakan pemerintahan Monarki itu mendapat bantahan dari beberapa orang sahabat Nabi yang lain. Ini ditambah pula, apabila Islam meletakkan asas pelantikan itu perlu berdasarkan kepada kelayakan. Hal ini diasaskan kepada ayat al-Quran (Surah al-Nisaˇ 4:58) dan perkataan Nabi saw: ¨Apabila diberikan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya, maka tunggu saat kehancuran.〃
Dari dua hujah wahyu ini, mereka menyimpulkan bahawa politik dalam Islam itu berdiri atas asas kelayakan, bukan berasaskan kepada keturunan.

Dalam menghuraikan kelayakan, mereka meletakkan kepada dua asas, iaitu berkemampuan dan amanah. Ini disandarkan kepada beberapa ayat al-Quran, Surah Yusuf 12:55, Surah al-Qisas 28:26 dan Surah al-Baqarah 2:247. (tamat)

万吉

80后,毕业于埃及Al-Azhar大学,在马来西亚吉兰丹大学完成硕士论文,现在是博士学位候选人。著作有《Aku bukan kafir》、《Kesederhanaan Nik Abdul Aziz》等。曾出任槟城首长资讯官,目前为大同工作室学术主任。