印尼在4月17日举行大选。这次选举不仅是选总统,也涉及各政党竞逐的国会、地方议会议席等选举。仔细观察,这次印尼选举中出现的课题与以往选举有很大不同。反之,印尼这次大选与我国去年的大选没什么不同,也与巴基斯坦的选举没有多大差别。

在过去大选中,经常出现的课题就是经济课题、“人民的荷包”、就业机会、税务问题等等。这次选举却有所不同,课题更倾向情意结与情绪化,如移民与土著、宗教宽容、信仰自由等课题。

宗教组织政治倾向

有趣的是,准备捍卫印尼总统职的佐科,被政敌指责在处理印尼伊斯兰问题上不力。因此,他面对著各种负面的指责。这些指责来自伊斯兰运动人士,不管是来自政党或组织(非政府组织)。

当前任雅加达首长锺万学,“阿学”(昵称Ahok)被视为与佐科同一阵营时,这种情绪更加明显。“阿学”这名非穆斯林,因对《可兰经》第五章的诠释而被判亵渎宗教罪坐牢,震撼印尼,甚至也对马来西亚伊斯兰论述带来影响。

有人说,最早挑起“阿学”课题的人是伊斯兰宗教学者理事会(MUI)主席马鲁夫;然后引起印尼许多穆斯林的关注,特别是著名的宗教师。更可怕的是,这情绪更引发印尼的大规模示威。

有趣的是,马鲁夫虽然是早前挑起“阿学”课题的人之一,但在这次选举中,他却是佐科的副总统候选人。

马鲁夫领导的印尼伊斯兰宗教学者理事会,是印尼第二大的伊斯兰教士组织,居于印尼伊斯兰宗教师复兴会(NUI)之后,许多人认为佐科会配搭马鲁夫,主要是化解对手挑起的宗教情绪。更重要的是,作为世界上最悠久、最庞大及最有影响力的伊斯兰宗教师组织,印尼伊斯兰宗教师复兴会,给予马鲁夫全力支持。这多少也会拉抬佐科的支持率。

不过,印尼许多伊斯兰团体,伊斯兰界著名宗教师──他们的讲课可以吸引上千群众,这些人较倾向于支持普拉伯沃组合。普拉伯沃与前雅加达副首长桑迪阿加合作。这可从流传的演讲视频观察到,印尼一些著名的伊斯兰界名人如阿都沙末宗教师、AA Gym(Abdullah Gyimistiar)等公开支持普拉伯沃。

经济才是主要课题?

一些独立的研究人员说,尽管宗教宽容和土著课题是这次大选的主题,但从很多底层民众的反应显示,他们关注的是民众的经济问题。

根据草根民众的说法,佐科未能解决底层民众的民生问题,这使到经济因素成为他们的考量。同时,在普拉伯沃和桑迪阿加的演讲中,也多集中于批评佐科的经济政策。基于此,一些人认为佐科与普拉伯沃支持率旗鼓相当,如果佐科连任失败并不令人感到惊讶。

虽然自2004年以来,著名伊斯兰学者如卡塔尔的尤索卡拉达维(Yusufal-Qaradawi)就提议对非穆斯林称呼,应用“非穆斯林”(non-muslim)取代“异教徒”(kafir),而印尼伊斯兰宗教师复兴会最近也挑起了有关的课题。

这举动背后原因不明,但有人认为,伊斯兰宗教师复兴会此举是要支持佐科所推动的宗教宽容主题。更重要的是,伊斯兰宗教师复兴会的一些最高领导人被视为支持佐科。

无论如何,有一些人认为,这是故意抄作的,表面上是为了展示佐科在推动宗教宽容上的英雄形象,以掩盖其在经济政策的弱点,也就是其对手,普拉伯沃所重点抨击的。

总结而言,在去年我国举行的第14届大选,宗教和种族成了人们热议的课题,甚至成为所有竞选活动时,政治人物打出的其中一项议题。虽然这些课题被挑起,但决定选举成果的最终却是经济问题和“人们的口袋”。

从这个角度来看,印尼大选的政治论述,与马来西亚去年大选时的情况,并没有太大的不同。但要对当地的情况做一个预测,并不容易。无论如何,我们希望印尼人民可以基于个人、国家的更好未来,做一个正确的政治决定,尤其两国拥有同样的根源,关系源远流长。

《印尼大选:经济与宗教》(Pemilu Indonesia: Antara Ekonomi dengan Agama)原文:

Pada saat-saat ini, pilihan raya Indonesia sedang berlangsung dengan meriah. Pemilu kali ini bukan semata-mata menyaksikan pertembungan antara calon presiden, tetapi juga pemilihan gabenor yang melibatkan parti-parti politik di sana.

Menarik untuk direnung, isu-isu yang dibangkitkan dalam pemilu di sana agak berbeza berbanding pemilu-pemilu sebelum ini. Ia tidak jauh beza dengan perkembangan pilihan raya umum di Malaysia pada tahun lalu, malah tidak jauh beza juga dengan perkembangan pilihan raya di Pakistan.

Dalam pemilu yang lalu, isu yang sering dibangkitkan adalah ekonomi, soal “poket rakyat”, soal peluang pekerjaan, soal cukai dan sebagainya. Pemilu kali ini berbeza – isu yang dibangkitkan lebih kepada emosi dan sentimen, seperti status peribumi - pendatang, toleransi beragama, kebebasan mengamalkan kepercayaan dan sebagainya.

Jokowi – Probowo

Apa yang menarik, Jokowi selaku calon yang mempertahankan jawatan Presiden Indonesia, dituduh oleh musuhnya sebagai lemah dalam mengatasi isu-isu Islam di Indonesia. Dengan itu, pelbagai tuduhan negatif dilontarkan terhadap beliau. Tuduhan ini datang dari kalangan Islamis terutamanya, sama ada dari parti politik, atau dari ormas (organisasi massa, atau NGO).

Sentimen itu lebih ketara, apabila Jokowi kelihatan “sekapal” dengan Ahok, sedangkan Ahok seorang non-muslim yang pernah terpalit dengan isu penafsiran al-Quran – Surah al-Maidah- sehingga mengegarkan Indonesia, malah terkesan kepada wacana Islam di Malaysia.

Dikatakan juga, antara orang yang terawal mengangkat sentimen isu Ahok adalah Kiai Ma’ruf Arif; kemudiannya disambut oleh sebilangan besar warga muslim di Indonesia, terutama dari kalangan guru agama yang terkenal. Lebih dahsyat, apabila sentimen itu mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Indonesia.

Menarik untuk direnung, Kiai Ma’ruf Amin itu – walaupun beliau antara yang terawal mencetuskan sentimen terhadap isu Ahok, tetapi dalam pemilu kali ini, beliau menjadi “partner” kepada Jokowi sebagai calon Wakil Presiden.

Sebagai Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang boleh dikatakan antara organisasi ulama Indonesia kedua terbesar di Indonesia selepas Nahdatul Ulama Indonesia (NUI), ramai melihat dokongan beliau terhadap Jokowi sebagai strategi dalam meredakan sentimen agama yang dimainkan pihak musuh beliau. Apatah lagi, NUI merupakan organisasi ulama Islam  tertua di dunia, malah paling besar dan paling berpengaruh di Indonesia memberi sokongan terhadap Kiai Ma’ruf Amin. Dengan ini, sedikit sebanyak ia menjadi sebagai nilai tambah pada sokongan terhadap Jokowi.

Dalam pada itu, banyak juga ORMAS Islam, malah tokoh agamawan selebriti terkenal di Indonesia – yang ceramah mereka dihadiri ribuan pendengar, dikatakan cenderung dalam memberi sokongan kepada gandingan Probowo berbanding Jokowi. Probowo berganding dengan bekas Timbalan Gabenor Jakarta, Sandiaga Uno. Ini dapat dilihat dengan beberapa video yang disebarkan – video yang memaparkan ucapan beberapa tokoh yang memberikan sokongan terhadap Probowo secara terang-terangan, seperti Ustaz Abdul Somad, AA Gym (Abdullah Gyimistiar) dan beberapa orang lagi.

Ada penyelidik bebas menyatakan, walaupun isu toleransi agama dan peribumi menjadi tajuk kempen pemilu, tetapi respon dari ramai rakyat bawahan masih lagi bercakap berkenaan soal ekonomi bawahan.

Menurut mereka lagi, dikatakan Jokowi gagal menyelesaikan banyak isu sara hidup dalam kalangan rakyat bawahan menjadikan faktor ekonomi tetap menjadi pertimbangan rakyat bawahan. Apatah lagi, dalam ucapan Prabowo dan Sandian, banyak daripadanya mengkritik polisi-polisi ekonomi yang dilaksanakan Jokowi.

Melihat keadaan itu, tidak hairan ada pihak menyimpulkan bahawa pertembungan antara Jokowi – Prabowo adalah 50-50; kemungkinan untuk Jokowi kalah itu sememangnya wujud.

Isu agama

Walaupun al-Qaradawi pernah mencadangkan panggilan “kafir” digantikan dengan “non-muslim” (Arab: Ghair al-Muslimin) sejak tahun 2004, tidak semena-mena isu yang sama dibangkitkan oleh NUI baru-baru ini.
Meskipun tidak diketahui punca sebenar, tetapi ada pihak melihat, perkara ini sengaja dibangkitkan oleh NUI sebagai sokongan agenda toleransi agama yang mahu dipromosikan oleh Jokowi – Ma’ruf Amin. Apatah lagi, beberapa pemimpin tertinggi dalam NUI dilihat memberi sokongan terhadap Jokowi.

Pun begitu, ada pihak yang prejudis – anggap bahawa isu itu sengaja diwujudkan, kononnya mahu menampilkan Jokowi sebagai juara atau jaguh dalam mengangkat isu toleransi, tetapi hakikatnya menutup kelemahan polisi ekonomi yang menjadi kritikan utama Prabowo terhadap pentadbiran Jokowi.

Penutup

Dalam pilihan raya umum ke-14 di Malaysia tahun lalu, isu agama dan kaum sememangnya menjadi wacana rakyat, malah menjadi salah satu tajuk besar dalam sebarang kempen pilihan raya hampir semua ahli politik. Walaupun isu itu yang diangkat, tetapi pilihan raya memberi keputusan kepada isu ekonomi dan “poket rakyat”.
Dari sudut isu, wacana politik – pemilu di Indonesia pada saat ini tidak jauh beza dengan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum Malaysia yang ke-14. Dalam pada itu, tidak mudah untuk membuat kesimpulan awal dengan situasi politik di sana.

Walau bagaimana pun, kita berharap rakyat Indonesia dapat membuat keputusan politik yang baik demi masa depan mereka, malah masa depan Indonesia itu sendiri. Apatah lagi, dari sudut bernegara, Indonesia dan Malaysia diumpamakan dua tangkai yang bermuarakan dari satu akar. (tamat)

万吉

80后,毕业于埃及Al-Azhar大学,在马来西亚吉兰丹大学完成硕士论文,现在是博士学位候选人。著作有《Aku bukan kafir》、《Kesederhanaan Nik Abdul Aziz》等。曾出任槟城首长资讯官,目前为大同工作室学术主任。