几天前,一名44岁男子与一名15岁女孩结婚事件,再度令国人感到震惊。在6月底时,也出现类似的情况;我国一名41岁男子与泰国一名11岁的女孩结婚。

这两宗童婚事件,引起各方表态。其中妇女援助组织(WAO)就敦促政府废除允许童婚的法律,并规定结婚最低年龄不论男女为18岁。同样,最近在雪兰莪州议会开幕时,雪州苏丹在御词中也提到同样的事,即最低结婚年龄为18岁。雪州是我国第一个做出如此决定的州属。

童婚可从两个角度来探讨,即从伊斯兰法庭的实践,以及世界各地穆斯林学者对伊斯兰法学的理解及诠释(fiqh)。

首先,从伊斯兰法庭的角度来看,男孩的最低结婚年龄为18岁,女孩为16岁。无论如何,若有18岁以下的男孩或16岁以下的女孩想要结婚,他们需要得到伊斯兰法庭的许可及父母的同意。从伊斯兰法庭的观点,只要获得伊斯兰法庭允许及父母同意,有关的婚姻就是有效的。

穆罕默德娶6岁女孩?

其次,从穆斯林学者对伊斯兰文本的诠释和理解(fiqh)的角度来看,童婚说法的源头可以追溯到先知穆罕默德被指娶了一名叫艾莎(Aisyah)的6岁女孩。

虽然这种说法非常流行并成为伊斯兰世界的主流,但其真实性是备受质疑的。一些穆斯林学者基于以下因素,质疑先知娶女童的真实性:

首先,穆斯林学者都一致认同,艾莎是在先知迁移到麦地那两年后才与先知结婚;第二,从学者的研究认为,艾莎有一名年长10岁的姐姐艾斯玛(Asma);第三,证据显示,艾斯玛迁到麦地那时,已27岁。因此,艾莎迁到麦地那时,应该是17岁,两年后即19岁,才与先知结婚。

根据这个推算,艾莎6岁时与先知结婚的说法,是完全不真实的。因此,以先知娶6岁艾莎来合理化童婚说法,是站不住脚的。

同样,一些学者以可兰经第64章第4节经文指,据说真主,允许被丈夫离婚的女人,在3个月后可以另一个男人结婚,做为童婚依据。因为,他们把该节经文中的“lam Yahidhna”字眼,诠释为一个尚未来月经的女人(把lam译为尚未),进而声称可以与女童结婚。

错误诠释经文字眼

实际上,把lam译为“尚未”是错误的。正确的译法,应是“不”或者全句的意思是“没来月经的女性”,指的是生病的女性等等。因此在错误的诠释下,一些学者就说伊斯兰是允许与女童结婚的。

马来西亚一些穆斯林反对最低结婚年龄18岁的限制,他们声称穆斯林传统中没有如此设定。事实是,“伊斯兰传统没有如此设定”的说法,是不正确的。实际上,伊斯兰学者曾讨论如何界定“成年”年龄(Umur baligh)和成熟年龄(Umur matang)。

“成年”被视为孩子须实践伊斯兰的年龄,一旦没实践,在宗教上被认为是有罪的。尽管穆斯林学者认为孩子迈入“成年”年龄,最低是17岁和15岁,但也有些穆斯林学者认为最低年龄应是18岁。后者得到了马利基教派学者卡立的支持。

此外,《可兰经》也有说,孤儿只要还没到成熟年龄,是不允许管理自己的财产。这里所指的成熟年龄,是指有思考的能力和管理财产的智力。因此,当成熟年龄做为允许管理财产条件时,也应把成熟年龄做为允许结婚的考量。尤其,管理家务远比管理财务更复杂。

多方面向政府施压

如今,许多方面向政府施压,以制订禁止童婚的条例。综上所述,“禁止童婚违反伊斯兰教义”这个指控是不正确的。况且,任何伊斯兰法庭的决定,不一定是真实的依据伊斯兰教导。

反之,马来西亚的伊斯兰法庭更裁决传教士须要先获得伊斯兰局的执照才能传教,可是《可兰经》第2章第159节却指,任何隐讳真主降示的明证和正道的人,将受到诅咒。

因此,为了达到婚姻的幸福,施压政府制定18岁为最低结婚年龄,并没有违反伊斯兰教义,反而可视为合情合理。

《反对童婚》(Perkahwinan Kanak-Kanak Wajar Dibantah)原文:

Beberapa hari yang lepas, sekali lagi rakyat Malaysia digemparkan dengan perkahwinan seorang lelaki berumur 44 tahun dengan seorang kanak-kanak perempuan berumur 15 tahun. Dalam akhir bulan Jun yang lepas, keadaan hampir sama berlaku; seorang lelaki berumur 41 tahun dari Malaysia berkahwin dengan seorang kanak-kanak perempuan dari Thailand berumur 11 tahun.

Kesan dari dua isu ini, menyebabkan banyak pihak bersuara. Antaranya, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa kerajaan memansuhkan undang-undang yang mengizinkan kanak-kanak berkahwin di bawah umur, dan menetapkan bahawa umur yang dibenarkan berkahwin adalah 18 tahun, tidak kira kanak-kanak lelaki, mahupun kanak-kanak perempuan.

Demikian juga, pada pembukaan Sidang DUN Selangor baru-baru ini, Sultan Selangor telah bertitah pada perkara yang sama juga, iaitu tahap paling minima untuk pernikahan adalah 18 tahun. Dengan itu, Selangor adalah negeri yang pertama di Malaysia membuat penetapan tersebut.

Mahkamah Syariah

Kejadian ini berlaku dilihat pada dua sudut, iaitu, dari sudut pengamalan dalam mahkamah syariah, dan dari sudut pemahaman fiqh yang diperkenalkan oleh ilmuwan-ilmuwan Muslim di seluruh dunia.

Pertama, dari sudut mahkamah syariah, ditetapkan bahawa umur minima bagi kanak-kanak lelaki bernikah adalah 18 tahun, sedangkan kanak-kanak perempuan adalah 16 tahun. Namun begitu, andai ada kanak-kanak lelaki yang berumur bawah 18 tahun, atau kanak-kanak perempuan yang di bawah umur 16 tahun mahu bernikah, maka mereka perlu mendapat keizinan dari mahkamah syariah dan persetujuan ibu bapa mereka. Dengan keizinan mahkamah syariah dan persetujuan ibu bapa itu, dari sudut pengamalan dalam mahkamah syariah, pernikahan itu dianggap sebagai sah.

Ilmuwan Muslim

Kedua, dari sudut fiqh (penafsiran dan pemahaman ilmuwan muslim terhadap teks-teks Islam) pula, ia berpunca dari dakwaan bahawa Nabi Muhammad saw berkahwin dengan seorang isteri yang bernama Aisyah yang didakwa ketika itu berumur 6 tahun.

Walaupun dakwaan ini popular dan menjadi mainsteam dalam dunia Islam, tetapi dakwaan ini diragui kesahehannya. Dalam salah satu pendapat dalam kalangan ilmuwan muslim, dikritik dakwaan itu dengan melihat kepada beberapa faktor, iaitu;

Satu, Aisyah disepakati pengkaji Islam bahawa bernikah dengan Nabi selepas 2 tahun dari tarikh hijrah Nabi ke Madinah.

Dua, dalam kajian juga menyatakan bahawa Aisyah ada seorang kakak yang bernama Asmaˇ lebih tua 10 tahun dari umur adiknya.

Tiga, dibuktikan juga bahawa Asmaˇ berhijrah ke Madinah sewaktu umurnya 27 tahun.

Dengan demikian, semasa hijrah umur Aisyah adalah 17 tahun, dan berkahwin dengan Nabi dua tahun selepas itu, iaitu berumur 19 tahun.

Menurut tafsiran ini, dakwaan bahawa Aisyah berkahwin dengan Nabi sewaktu umur Aisyah 6 tahun adalah tidak benar sama sekali. Dengan itu, hujah Aisyah berkahwin dengan nabi saw untuk membenarkan perkahwinan dengan kanak-kanak adalah tertolak.

Demikian juga, mereka berhujah bahawa dalam al-Quran; Surah al-Talaq (64), ayat 4 bahawa kononnya Allah swt menyatakan jangka masa isteri yang diceraikan suami untuk dibenarkan bernikah dengan lelaki lain adalah selama tiga bulan. Dalam ayat itu, mereka terjemah ayat ¨lam Yahidhna〃, sebagai perempuan yang belum kedatangan haid lagi. Disebabkan terjemahan kalimah ¨lam〃 sebagai ¨belum〃, mereka menyatakan bahawa boleh dikahwinkan kanak-kanak perempuan.

Yang pasti, terjemahan ¨lam〃 sebagai ¨belum〃, ternyata salah. Sedangkan terjemahan yang paling tepat adalah ¨tidak〃, atau terjemahan penuhnya ¨perempuan yang tidak kedatangan haid〃 yang merujuk kepada perempuan yang sakit dan sebagainya. Dengan terjemahan yang salah ini, menyebabkan mereka menyatakan bahawa keizinan perkahwinan dengan kanak-kanak perempuan.

18 Tahun

Ada sebilangan umat islam di Malaysia membantah penetapan umur minima bagi perkahwinan adalah 18 tahun. Mereka mendakwa, penetapan kadar umur begitu tidak ada dalam tradisi umat Islam.

Hakikatnya, alasan tiada dalam tradisi Islam itu adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana, dalam perbincangan ulama-ulama Islam, terdapat berbincangan dua perkara; iaitu umur baligh dan umur matang.

Umur baligh adalah umur kanak-kanak yang dikira sebagai dibebankan pengamalan Islam. Andai tidak mengamalkan selepas capai umur baligh, kanak-kanak itu dianggap sebagai berdosa dengan tuhan.

Walaupun terdapat pandangan ilmuwan Muslim menyatakan tahap minima baligh bagi kanak-kanak adalah 17 tahun dan 15 tahun, di sana terdapat Ilmuwan Muslim yang menetapkan umur minima bagi baligh adalah 18 tahun. Pendapat ini didokong oleh Khalil, seorang ulama dari mazhab Maliki.

Di samping itu juga, al-Quran ada menjelaskan bahawa anak-anak yatim tidak dibenarkan untuk mengurus harta mereka selama mereka tidak capai umur matang. Yang dimaksudkan umur matang adalah, kemampuan berfikir dan kemampuan akalnya dalam mengurus harta.

Justeru, dengan melihat kewajipan capai umur matang dalam mengizinkan mengurus harta, sudah pasti amat perlu dilihat pada capai umur matang dalam mengizinkan perkahwinan. Lebih-lebih lagi, kerumitan mengurus rumah tangga jauh lebih rumit berbanding mengurus harta.

Kesimpulan

Kini, terdapat banyak desakan kepada pihak kerajaan agar menetapkan larangan perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Justeru, andai ada dakwaan mengatakan dakwaan tersebut bercanggah dengan ajaran Islam, perlu sedar bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Lebih-lebih lagi, sebarang perkara yang diputuskan oleh mahkamah syariah tidak semestinya benar-benar mengikut kehendak ajaran Islam. Malahan, Mahkamah Syariah di Malaysia antara mahkamah yang menetapkan berdakwah perlu mendapat lesen dari Jabatan Agama Islam terlebih dahulu, sedangkan dari sudut al-Quran, menyembunyikan sebarang pesanan tuhan (dakwah) adalah orang yang mendapat laknat dari Allah (Surah al-Baqarah (2), ayat 159).

Demi memastikan kebajikan dalam perkahwinan tercapai, desakan agar diletakkan tahap umur minima perkahwinan pada 18 tahun tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan ia boleh dianggap sebagai wajar.

万吉

80后,毕业于埃及Al-Azhar大学,在马来西亚吉兰丹大学完成硕士论文,现在是博士学位候选人。著作有《Aku bukan kafir》、《Kesederhanaan Nik Abdul Aziz》等。曾出任槟城首长资讯官,目前为大同工作室学术主任。