最近有人问我,如何看待居留在马来西亚、来自印度的传教士扎基尔?当被问到此问题时,我思考了很多方面。其中最重要的三项:1.扎基尔不是马来西亚公民;2.扎基尔的传教方式,长期以来受到世界上,包括马来西亚许多穆斯林的钦佩;3.我国多元族群及宗教的互动关系。

因此,我尝试综合以上三方面的考量,陈述我的观点:首先,我们不能否认这名来自印度的传教士能巧妙地反驳非穆斯林观点,但许多非穆斯林表示,扎基尔虽然驳倒与其观点不同的人,但不代表他的论述是对的。

我听过兴都教徒和基督徒的朋友,针对扎基尔论点逐一的解答。据他们说,扎基尔针对其他宗教的论点,并非依据正确诠释来理解兴都教经典或圣经,而只是以字面方法来理解。这种诠释方法,对瓦哈比主义(Wahhabisme)者,如扎基尔而言,是很常见的。

因此,要回应扎基尔的论点,需要针对扎基尔的诠释方法进行冗长的解释,而辩论给予的时间总是不足的。这种情况使其他人难以解释他们对经文的真正理解,因此经常被视为“他们的论点遭驳倒了”。

我理解他们的说法,就如我的博士研究,针对的就是伊斯兰恐怖组织(IS)对《可兰经》的一些经文和先知《圣训》诠释的争议,他们引用伊斯兰的文本,但却没有正确的理解方法,进而把《可兰经》和《圣训》经文诠释为伊斯兰合理化恐怖主义。

实际上,阅读伊斯兰文本,不能只纯粹依据字面诠释,必须从背景,文本背后的含义,《可兰经》经文之间的关系;《可兰经》经文和《圣训》经文之间的关系来看待。而这些诠释是否违反了伊斯兰的四个基本原则,即:没有压迫的正义,远离无知的智慧,非源自仇恨的关爱,非破坏性的利益等。

是的,要理解《可兰经》和《圣训》文本,有其理解方法和方式。同理,依据兴都教和基督教友人所讲,要理解兴都教和基督教经文的文本时,也须采用正确理解方式。

打动比驳倒有效

其次,我认为,在反驳他人论点时,我们无法忽略另一个因素——我称之为“打动”听众,让其信服。我认为这种方法是先知最常用的,相比起驳倒对方论点。

当下,马来西亚就有一个类似的例子,即华裔传教士Ebit Lew往往循循善诱,以“上苍关爱”的口号和温和个性来传教。事实证明,他的方法不需要太多的知识论点,但许多人深受触动而忏悔。

第三,我认为,我们需要接受马来西亚社会是多元种族和宗教的现实,一向来和平共处。如果出现混乱,大家一起面对,有时处理得好,有时处理不好。对我来说,这是正常的。就如上苍在《可兰经》所言:创造出来的人是有弱点的。

但是,我们不能否认一个重要因素,这个国家的法律允许伊斯兰向非穆斯林传教,而非伊斯兰教却不能向穆斯林传教。这一现实,或多或少造成马来西亚非穆斯林社会的不满。因此,类似扎基尔反驳其他宗教观点的作为,无疑会带来问题,引起各族间的不和。

因此,扎基尔如果要融入马来西亚社会,我建议这名来自印度的传教士,使用“驳倒对方论点”方法是不够的,还要使用类似Ebit Lew“软化人心”的手法。

当我提出以上的看法时,媒体还没报导扎基尔指非马来人和非穆斯林是马来西亚的“客人”课题。所以当我阅读到有关新闻时,我是有点震惊的。

我相信,他可能会否认,声称这非他的本意。然而,发表类似的言论多少已“伤害”了一些马来西亚人。这些“受伤者”是马来西亚合法公民,而扎基尔却不是。前者就如我们的家庭成员,而扎基尔就如我们应尊敬的客人。对我而言,作为一名客人及非马来西亚公民,他不应发出如此的言论:把已是马来西亚公民的华人及印裔视为客人。

但愿我的评论不会引起与扎基尔关系密切的友人不满。或许,他们应告诉扎基尔,这是非常敏感的课题,不应去触碰。我也希望扎基尔的支持者,在这些课题上采取中庸之道。我担心的是,扎基尔的言行将令其本身处境不利,希望我的猜测是错的。

《向扎基尔建言》(Pesanan untuk Zakir Naik)原文: 

Baru-baru ini, saya ditanya, apa sikap saya terhadap Dr.Zakir Naik yang tinggal di Malaysia? Semasa soalan ini dilontarkan kepada saya, banyak perkara yang saya fikirkan. Antara yang paling besar adalah tiga perkara:
a. Status Zakir Naik yang bukan warga negara Malaysia;
b. Soal dakwah yang telah dilakukan oleh Zakir Naik sejak sekian lama dikagumi ramai umat muslim di dunia, malah di Malaysia;
c. Soal hubungan sesama warganegara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Makanya, saya cuba untuk mengharmonikan tiga perkara ini dengan menyatakan pendapat seperti berikut:
Pertama, kita tidak boleh menafikan kehebatan penceramah dari India itu mematahkan hujah agama non-muslim, walaupun ramai penganut-penganut agama itu menjelaskan bahawa hujah beliau itu sekadar “mendiamkan mulut” mereka yang bertentang hujah dengan beliau, bukan kerana hujah beliau itu tepat.

Saya pernah mendengar kupasan dari kawan-kawan yang beragama Hindu dan Kristian berkenaan hujah Zakir Naik. Menurut mereka, hujah beliau tidak menggunakan metode pemahaman kitab Hindu atau Bible yang sebenar, tetapi beliau mengupas itu berdasarkan pendekatan literal. Ya, sudah pasti metode itu terkenal bagi mereka dari aliran Wahhabisme seperti Zakir Naik.

Dengan itu, untuk menjawab hujah Zakir Naik, ia memerlukan penjelasan yang panjang lebar dengan huraian metode, sedangkan waktu yang diperuntukkan dalam perdebatan, amat singkat. Situasi ini menyukarkan pihak lain untuk menjelaskan cara pemahaman yang sebenar terhadap kitab suci mereka, dan sering dilihat seolah-olah “hujah mereka telah dipatahkan”.

Saya memahami komentar mereka, sepertimana saya memahami perdebatan ISIS terhadap beberapa ayat al-Quran dan Hadis-Hadis Nabi yang merupakan kajian Phd saya, iaitu mereka mengutip teks-teks Islam itu tanpa menggunakan metode pemahaman yang benar, menyebabkan ayat al-Quran dan Hadis itu ditafsirkan sebagai halal melakukan amalan pengganasan.

Sesungguhnya membaca teks Islam itu tidak boleh secara literal sahaja. Perlu dilihat dari sudut konteksnya, maksud di sebalik teks, hubungan antara satu ayat al-Quran dengan ayat al-Quran yang lain; antara ayat al-Quran dengan Hadis; apakah penafsirannya menafikan terhadap empat dasar agama – keadilan yang tidak zalim, hikmah yang tidak kejahilan, rahmat yang bukan kebencian dan kemaslahatan yang bukan kehancuran – demikianlah seterusnya.

Ya, sudah pasti cara pemahaman teks al-Quran dan Hadis mempunyai metode dan kaedah pemahamannya tersendiri. Demikian juga dalam memahami teks kitab Hindu dan Kristian yang menurut kawan-kawan saya dari agama Hindu dan Kristian itu, bahawa ia perlu juga kepada metode dan kaedah pemahamannya tersendiri.

Kedua, saya kira, dalam mematahkan hujah, kita tidak boleh lari dari satu lagi unsur - apa yang saya istilahkan sebagai "melunakkan hati" pendengar. Saya kira, pendekatan melunakkan hati ini adalah pendekatan yang banyak dilakukan oleh Nabi berbanding mematahkan hujah.

Pada saat ini, terdapat teladan sebegini di Malaysia, iaitu Ustaz Ebit Lew yang merupakan seorang pendakwah muslim berbangsa Cina. Dengan nada suara yang penyayang, membawa slogan "Allah sayang" dan watak yang lembut - ternyata pendekatan beliau tidak memerlukan hujah intelektual dan pembacaan yang banyak, tetapi  ramai pendosa menitik air mata dan berhenti dari melakukan dosa.

Ketiga, saya kira, kita perlu menerima realiti bahawa masyarakat Malaysia ini wujud dengan kepelbagaian kaum dan agama. Ini kita kecapi secara aman dan damai. Jika ada sedikit kekacauan, kita berjaya hadapinya - kadangkala dengan baik, kadangkala kurang baik. Pada saya, itu perkara biasa. Sebagai manusia yang Tuhan sendiri kata dalam al-Quran: "diciptakan manusia itu dengan kelemahan" (Surah al-Nisa’ 4:28).

Pun begitu, kita tidak boleh menafikan satu faktor penting - undang-undang negara ini membenarkan agama Islam disebarkan kepada non-muslim, sedangkan agama selain Islam tidak boleh disebarkan kepada muslim. Realiti ini sedikit sebanyak memberi unsur tidak puas hati kepada masyarakat non-muslim di Malaysia.

Makanya, pendekatan semata-mata mematahkan hujah agama selain Islam sepertimana pendekatan Zakir Naik sudah pasti boleh melahirkan masalah wujud suasana tidak selesa sesama warganegara.

Dengan itu, untuk memastikan Zakir Naik relevan di Malaysia, saya mencadangkan bahawa pendakwah dari India itu tidak cukup sekadar menggunakan pendekatan "mematahkan hujah", tetapi perlu juga pendekatan "melunakkan hati" manusia sepertimana pendekatan Ustaz Ebit Lew.

Semasa saya memberi pandangan itu, belum ada lagi laporan berita kononnya Zakir Naik membangkitkan isu kaum selain Melayu dan penganut agama selain Islam di Malaysia sebagai “tetamu”. Dengan sebab itu, apabila saya membaca laporan berita tersebut, saya agak terkejut. 

Saya percaya, beliau mungkin akan menafikan bahawa beliau tidak bermaksud sedemikian. Tetapi, kenyataan itu sedikit sebanyak telah memberi "luka" pada individu-individu warganegara Malaysia.

Mereka adalah warganegara yang sah, sedangkan Zakir Naik bukan warganegara. Mereka adalah keluarga besar kami (warganegara), sedangkan Zakir Naik umpama tetamu yang kami perlu hormati.

Pada saya, sebagai tetamu dan bukan warganegara Malaysia, tidak wajar beliau mengeluarkan kenyataan sebegini – anggap warganegara dari masyarakat Cina dan India yang sejak sekian lama sebagai tetamu. 

Saya harap, komen saya ini tidak melahirkan kemarahan dari rakan-rakan saya yang rapat dengan Zakir Naik. Mungkin mereka perlu memberitahu kepada Zakir Naik bahawa perkara ini amat sensitif dan tidak wajar disentuh beliau. Saya turut berharap, agar pendokong beliau agar mengambil pendekatan sederhana dalam melihat isu ini. Kebimbangan saya adalah – semoga ramalan saya salah - tindakan sebegitu, boleh meletakkan Zakir Naik dalam keadaan yang tidak memihak kepada dirinya.

万吉

80后,毕业于埃及Al-Azhar大学,在马来西亚吉兰丹大学完成硕士论文,现在是博士学位候选人。著作有《Aku bukan kafir》、《Kesederhanaan Nik Abdul Aziz》等。曾出任槟城首长资讯官,目前为大同工作室学术主任。