伊党主席最近发表一项声明,指国家领导人必须是马来人和穆斯林。这引起各方回应。在脸书和推特上看到许多有关评论。在声明中,伊党主席认为,伊斯兰教义禁止非穆斯林出任国家领袖。当他牵扯伊斯兰时,就会引发各种疑问。事情真是如此吗?在政治治理中绩效的概念去哪啦?

从很久以前,即先知和四个哈里发时代之后,穆斯林政治体制便以君主制王朝为主。这始于穆阿维雅(Muawiyyah),也就是乌玛雅王朝(Umawiyyah)的开创者。该王朝没落后,随之崛起的是阿拔斯(Abbasiyah)王朝,接著是奥斯曼帝国(Osmaniyyah)。1924年,以土耳其为中心的奥斯曼君主制王朝灭亡。自此,世俗政体开始兴起。

长期以来,以宗教治国一直是伊斯兰国家采纳的制度。因此,许多伊斯兰学者的政治论述,都是依据宗教治国论。更何况,许多书写穆斯林政治的作家,也是依属于当权者。

这些书籍就成了当今穆斯林的参考。因此,穆斯林对政治的论述,从未脱离宗教治国。这也是为何伊党主席会发表如此的声明。实际上,这不仅是伊党主席的言论,这也是世界上许多穆斯林的信仰,不管是在马来西亚,还是在阿拉伯国家。

面对民主制不同态度

然而,过去的政治环境与如今不同。特别是在马来西亚和一些实行民主的国家。这是因为民主是依据多数人的意愿。谁获得多数人支持,其就是执政者,不管他的宗教或族裔。

对于当今穆斯林学者,面对民主制度的回应,可分为几种态度。一为,接受民主制度者,而这又可分为,一是有条件地接受;二是完全接受民主。

对于有条件接受者,他们将民主视为传递伊斯兰观点的一种政治体制方式。但是,其不能超越和违反伊斯兰的诠释。因此,他们只允许穆斯林担任政府领导人。

至于完全接受民主制者,他们认为必须完全地接受民主。这不仅是一种伊斯兰观点传递机制,而是参与国家决策的一种方式。因此,当非穆斯林获得多数支持时,他们也将以开放的态度看待。

在当代穆斯林思潮,类似后者立场的著名穆斯林学者,其中就有现住在突尼斯的拉昔甘努斯(Rashid Ghanoushi)。在他的一篇评论中解释说,帝国的时空脉络与民主时代不同,因此不应参照旧的王朝。

能力与诚信

在王朝时代,不管是乌玛雅、阿拔斯和奥斯曼帝国,统治者就如人民的主人,而人民就像政府的奴隶。因此,人民不能推翻政府。政权的更迭,时常是随著战争和流血冲突。

这肯定与民主制度有所不同,在民主制下,政府就像人民的雇员。在马来西亚,每一届政府获赋权管理人民事务五年。五年后,人民有权决定继续让原有的政府服务或更换其他人替代。

当政府是人民的雇员,而人民是老板时,在任用雇员时最基本的考量,就是依据《可兰经》提出的两项要求,能力和诚信。

这是依据《可兰经》中的一个典故,关于先知摩西与舒阿卜(Shuaib)在一个名为慕纳(Munay)的村庄会面,当时,舒阿卜的两个女儿告诉他,摩西拥有上述两项条件:第一,他的工作能力,第二,他有诚信。由于这两个原因,舒阿卜录用了摩西。

因此, 《可兰经》中上苍就有言:“最能干活的人是那些有工作能力和值得信赖的人。”依据这两项要求——能力及诚信而选出的执政者,将会不分种族、宗教及肤色给人民带来好处。

总结而言,我们意识到马来西亚穆斯林的政治论述依然陷于种族和宗教的框框。

但这不意味著,超越宗教及族群的绩效,不应获得推崇。如果推行绩效制,可预见的是,这将引起政治的争议,这包括在大学讲堂、清真寺和祈祷室会引起议论。因此,在推崇绩效制时,要有智慧。

《领袖非马来人不可?》(Pemimpin mesti Melayu?)原文:

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Presiden PAS menyatakan bahawa pemimpin perlu berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kenyataan tersebut mengundang banyak respon. Ia dapat dilihat dalam banyak komen di laman Facebook dan Twitter.

Dalam kenyataan tersebut, Presiden PAS menganggap bahawa melarang bangsa dan penganut agama selain Islam sebagai pemimpin adalah ajaran Islam. Apabila agama Islam dikaitkan, maka ia melahirkan pelbagai persoalan. Apakah ia benar atau tidak? Di manakah konsep merit dalam pentadbiran politik?

Politik muslim

Sejak dalu, selepas era Nabi dan khalifah yang empat (Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Osman bin Affan dan Ali bin Abi Talib), pentadbiran politik yang melibatkan umat Islam bergerak atas asas dinasti monarki. Bermula dari seorang pemimpin yang bernama Muawiyyah bin Abi Sufyan yang dinasti itu dikenali sebagai Monarki Umawiyah.

Pemerintahan tersebut berakhir dengan kejatuhan, yang kemudian naik pula sebuah dinasti yang dikenali Monarki Abbasiyah dan kemudiannya jatuh dan naik pula sebuah Dinasti yang bernama Monarki Osmaniyyah. Pada tahun 1924, dinasti bernama Monarki Osmaniyyah ini pula jatuh – berakhir di Turki. Dari situ, bermula pentadbiran sekular di sana.

Sejak sekian lama, pentadbiran politik berasaskan anutan agama pemerintah menjadi amalan politik umat Islam. Dengan sebab itulah, ramai ilmuwan Islam menulis perbahasan Islam berkenaan politik berorientasikan agama pemerintah. Apatah lagi, kebanyakan penulis buku politik umat Islam adalah kalangan yang “makan gaji” dengan kerajaan yang berkuasa.

Buku-buku itu dijadikan rujukan umat Islam sehingga hari ini. Dengan itu, wacana umat Islam berkenaan dengan politik, tidak pernah lepas dari tajuk agama pemerintah. Makanya, terkeluarlah kenyataan sebagaimana yang diungkapkan oleh Presiden PAS. Sebenarnya, ia bukan sekadar di mulut Presiden PAS. Malah, ia juga adalah kepercayaan ramai umat Islam dalam dunia – tidak kira di Malaysia, mahupun di negara-negara Arab.

Demokrasi

Konteks politik era dahulu sudah tidak sama dengan era kini. Apatah lagi di Malaysia dan beberapa negara yang mengamalkan demokrasi. Ini kerana, demokrasi berdiri atas suara majoriti. Sesiapa sahaja yang mendapat suara majoriti, maka dia layak memerintah, tidak kira apa anutan agamanya dan apa bangsanya. 

Bagi ilmuwan Islam di dunia, dalam menanggapi demokrasi pula terbahagi kepada beberapa sikap. Bagi mereka yang mengambil sikap menerima demokrasi, pertama, menerima demokrasi dengan bersyarat. Kedua, menerima demokrasi secara mutlak.

Bagi kalangan pertama, mereka beranggapan demokrasi sebagai salah satu cara untuk menyampaikan pandangan Islam dalam pentadbiran politik. Pun begitu, tidak boleh dilanggar batasan Islam dalam tafsiran mereka. Dengan itu, mereka hanya membenarkan muslim sahaja menjadi ketua kerajaan.

Bagi kalangan kedua pula, mereka percaya bahawa demokrasi perlu diterima secara mutlak. Ia bukan sekadar mekanisma menyampaikan pandangan Islam, tetapi ia adalah cara bagaimana terlibat sama dalam pentadbiran negara secara sihat. Dengan itu, apabila non-muslim mendapat suara majoriti, mereka akan mendokong keputusan tersebut dengan dada yang terbuka.

Dalam wacana umat Islam kontemporari, antara ilmuwan Islam yang terkenal di dunia yang berpendapat sebegitu adalah Dr.Rashid Ghanoushi yang kini tinggal di Tunisia. Dalam salah satu komentar, beliau menjelaskan bahawa faktor konteks dinasti yang berbeza dari konteks demokrasi, menjadikan wacana politik era dahulu tidak wajar diteladani lagi.

Merit

Dalam pentadbiran dinasti – monarki Umawiyah, Abbasiyah dan Osmaniyyah; pemerintah umpama tuan kepada rakyat. Rakyat pula umpama hamba kepada pemerintah. Dengan sebab itu, pemerintah tidak boleh dijatuhkan oleh rakyat. Turun naik sesuatu pemerintah, selalunya tercetus peperangan dan pertumpahan darah.

Keadaan ini sudah pasti berbeza dengan demokrasi – pemerintah umpama pekerja kepada rakyat. Di Malaysia, pemerintah diberikan kuasa mengurus hal ehwal rakyat selama lima tahun. Selepas lima tahun, rakyat diberikan hak pula untuk meneruskan khidmat pemerintah, ataupun menukar pemerintah yang lain pula. 

Apabila pemerintah umpama pekerja kepada rakyat, dan rakyat umpama tuan, makanya asas pelantikan pekerja yang perlu diangkat. Dalam al-Quran, dicadangkan dua perkara: kemampuan dan amanah.

Hal ini merujuk kepada satu kisah dalam al-Quran, berkaitan Nabi Musa yang berjumpa dengan Nabi Syuaib di satu perkampungan yang dikenali sebagai Madyan. Ketika itu, Nabi Syuaib diberi nasihat oleh dua anak gadisnya dengan menyatakan bahawa Nabi Musa mempunyai dua perkara tersebut: pertama, kemampuan dalam mengurus kerja, dan kedua,  mempunyai sifat amanah. Dengan dua alasan itu, Nabi Syuaib mengambil Nabi Musa bekerja dengan beliau. Firman Allah dalam al-Quran: “Sesungguhnya orang yang paling baik untuk bekerja adalah yang ada kekuatan (kemampuan membuat kerja) dan ada sifat amanah.” (Surah al-Qasas 28:26)

Pemerintah yang dilantik berasaskan kepada dua sifat ini (kemampuan dan punyai sifat amanah), kerajaan di bawah kelolaannya akan memberi kebaikan kepada rakyat, tidak kira apa anutan agamanya, dan tidak kira apa bangsa dan warna kulitnya. 

Penutup

Kita sedar bahawa wacana politik dalam kerangka umat Islam di Malaysia masih dalam kerangka perkauman dan anutan agama. Namun begitu, tidak bermakna soal merit merentasi anutan agama dan kaum tidak perlu diangkat. 

Wacana merit merentasi anutan agama dan kaum ini, jika diangkat sudah pasti akan melahirkan pelbagai polemik politik, malah dalam dewan-dewan kuliah universiti dan masjid  dan surau. Dengan itu, dalam pada mengangkatnya, tidak boleh diabaikan faktor hikmah dan bijaksana.

万吉

80后,毕业于埃及Al-Azhar大学,在马来西亚吉兰丹大学完成硕士论文,现在是博士学位候选人。著作有《Aku bukan kafir》、《Kesederhanaan Nik Abdul Aziz》等。曾出任槟城首长资讯官,目前为大同工作室学术主任。