当我国政府宣布禁售标榜来自麦加圣地的圣水(air zam zam)时,引来许多马来穆斯林抨击。但在非穆斯林社会,大部份人可能不了解这课题。

根据卫生部总监拿督诺希山的声明,那些违反条例出售圣水者,一旦罪成,可被判最高1万令吉的罚款或最高两年的监禁。对此,有人可能会问,政府决策背后是什么问题?而非穆斯林社会也会疑问,“圣水”有什么特别之处,而闹得沸沸扬扬?

所谓的圣水,源自伊斯兰圣地麦加天房附近的一口井水。这井名称为zam-zam,在阿拉伯语的意思是“越来越多”。

从历史的角度看,该井是在先知依斯迈(Ismail)时代发现的。依据伊斯兰信仰,据说先知依布拉欣,也是先知依斯迈父亲,带著妻子哈佳(Hajar)和依斯迈来到麦加。麦加当时是一片干旱的沙漠,没有水,也没有食物。实际上,那里没有人居住。抵达麦加后,依斯迈在上苍的指示下,离开了妻子和依斯迈。

当时的麦加,没有人烟,也缺水,那时依斯迈还是个婴孩,因口渴而哭泣,哈佳也口干、没奶水了。这导致哈佳急于在萨法(Safa)和玛瓦(Marwah)(麦加天房附近的两个地方)寻找水源。

在来回奔跑寻找水源时,不意看到依斯迈脚下地方有水流出。哈佳看到后,奔向儿子,并用沙子将水围著,称其为zam-zam,意思是“越来越多”。从那天起至今,该水源没有干过,更变成一口井,利惠民众。

从先知穆罕默德时代以来,对穆斯林而言,饮用圣水可为自己带来好处。其中,人们相信喝圣水后,会给生活带来祝福;喝它与喝其他水产生的功德是不同的;如果喝完圣水后立即祈祷,更易灵验。先知穆罕默德的圣训中都有提到这些特点。

这不同于诵经过的水(air jampi)。因为,诵经过的水是从任何地方都可取得的水,然后由穆斯林诵经(通常是虔诚的人)而成的。这跟在麦加天房附近那口井取得的水是不一样的。更重要的是,在圣训中从未提及过诵经过的水,拥有任何神奇功效。

基于圣训中有提到圣水功效,因此,对于那些前往麦加朝圣者,他们都渴望能带回圣水。

商业化暗藏欺骗

2011年,沙地就有案例,当局逮捕卖圣水集团的相关人士。这些团伙把圣水输出沙地,卖到国外。调查显示,沙地当局发现他们从中赚取了数百万令吉。随后,沙地政府成功逮捕了相关人士。

事发后,沙地政府于2017年禁止一切出口或在国内销售圣水。任何想要圣水者,并供个人用途,都可以免费从圣井中提取,同时也允许个人带返回国。

随著沙地政府的决策,马来西亚政府也决定禁止市场上销售圣水。因为,如果市面上有圣水销售,其“神圣性”肯定备受质疑,其是否是真正的圣水还是假冒的。

如果这是真正的圣水,这肯定是没有遵循正当途径的集团,偷运出来的。这是错误和不道德的,这有违宗教所强调的道德。而沙地政府的决策,目的就是要避免因圣水而带来的各种欺骗。

总结而言,圣水是源自麦加圣地的井水,这不同于诵经过、用于治疗的水。其次,依据伊斯兰信仰,圣水拥有本身的神奇功效,譬如喝后祈祷会特别灵验,因此很多穆斯林会竞相要去获得圣水。圣水也曾沦为商品,甚至在沙地及国外出现卖假圣水的团伙,因此沙地才制订措施禁止圣水商业化。最后,为了避免因追求圣水而导致的欺骗事件,我国政府也追随沙地决策,禁止圣水的买卖。

《伊斯兰的圣水》(Air Zam-Zam)原文:

Apabila kerajaan Malaysia mengumumkan larangan penjualan air zam zam, ramai dari kalangan masyarakat Melayu muslim yang mengutuk. Masyarakat non-muslim pula, majoritinya mungkin tidak mengetahui apa isu yang sebenarnya sedang berlaku.

Dari sudut faktanya, menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr.Noor Hisham Abdullah menjelaskan bahawa bagi mereka yang disabitkan kesalahan penjualan air zam-zam, boleh didenda sehingga RM10 ribu, ataupun penjara selama dua tahun.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa isu di sebalik keputusan kerajaan tersebut? Mungkin masyarakat non-muslim pula akan tertanya-tanya, apa istimewanya air zam-zam sehingga menjadi isu sedemikian rupa?

Telaga Zam-Zam

Air zam-zam adalah air yang datang dari sebuah telaga yang berada berhampiran Kaabah (tempat ibadat orang Islam di Mekah). Dinamakan zam-zam, kerana kalimah zam-zam adalah terma dalam bahasa Arab yang memberi makna “bertambah lagi”.

Dari sudut sejarah, telaga tersebut dijumpai di era Nabi Ismail. Dalam kepercayaan Islam, diceritakan bahawa Nabi Ibrahim yang merupakan bapa kepada Nabi Ismail telah membawa isterinya yang bernama Hajar bersama anaknya, Nabi Ismail ke Mekah. Mekah ketika itu adalah padang pasir yang kering kontang, tidak terdapat sebarang sumber air dan makanan. Malah, tidak terdapat seorang manusia pun tinggal di situ. Apabila sampai di Mekah, Nabi Ismail dan ibunya ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas perintah tuhan.

Keadaan Mekah yang tiada seorang manusia pun - ditambah lagi bumi yang kontang dari air, Nabi Ismail yang masih bayi menangis kehausan dan Hajar juga turut kehausan dan kehabisan susu. Keadaan itu menyebabkan Hajar berlari-lari mencari air antara dua tempat – Safa dan Marwah (dua tempat yang berada berhampiran dengan Kaabah di Mekah).

Apabila berulang-alik berlari-lari mencari air, tidak semena-mena dari jauh kelihatan air terpancut di kaki Nabi Ismail yang masih bayi. Melihat air tersebut, Hajar terus berlari kepada anaknya yang masih bayi itu dan terus mengepung air dengan pasir sekeliling sambil menyebut “zam-zam” yang bermakna “bertambah lagi”.

Sejak dari hari itu, air tersebut tidak pernah berhenti sehingga ke hari ini – sehinga ia menjadi sebuah telaga yang masih dimanfaatkan sehingga hari ini.

Kepercayaan

Dari sudut umat Islam sejak era Nabi Muhammad, minum air zam-zam dipercayai mempunyai kelebihan tersendiri.
Antaranya, dipercayai bahawa meminumnya akan mendatangkan keberkatan dalam kehidupan; meminumnya menghasilkan pahala tidak sepertimana minum air yang lain; doa akan mudah makbul jika dibaca sejurus dari minum air zam-zam. Semua keistimewaan ini disebut dalam hadis Nabi Muhammad saw.

Ini berbeza dengan air jampi. Ini kerana, air jampi adalah air biasa yang diambil dari mana-mana tempat - yang dibacakan doa oleh mana-mana muslim (selalunya orang-orang soleh dan kuat beribadat). Ia tidak seperti air zam-zam yang tertumpu kepada air yang diambil dari telaga yang berhampiran dengan Kaabah di Mekah. Apatah lagi, air jampi tidak pernah disebut dalam Hadis sebarang kelebihan dan keistimewaannya.

Memandangkan air zam-zam mempunyai keistimewaan yang tersebut dalam Hadis, dengan sebab itu, bagi orang yang ke Mekah untuk menunaikan ibadat Haji atau umrah, mereka bersungguh-sungguh mahu membawa pulang air tersebut.

Komersial

Pada tahun 2011 yang lalu, berlakunya beberapa kes di Saudi – tangkapan terhadap orang yang terlibat dengan sindiket air zam-zam. Mereka mengeksport dan menjual air zam-zam ke negara luar dari Saudi. Hasil siasatan, pihak penguasa Saudi dapati mereka mengaut keuntungan jutaan ringgit. Dengan itu, pihak kerajaan Saudi berjaya menangkap mereka yang terlibat.

Rentetan dari kejadian tersebut, pada tahun 2017, kerajaan Saudi telah menetapkan larangan jual air zam-zam, sama ada berbentuk eksport, mahupun untuk kegunaan dalam negara. Sesiapa yang mahu air zam-zam, dia boleh ambil di telaga zam-zam secara percuma dan untuk kegunaan persendirian. Dibenarkan bawa pulang ke negara masing-masing secara persendirian sahaja.

Dengan keputusan kerajaan Saudi itu, kerajaan Malaysia turut memutuskan bahawa penjualan terhadap air zam zam turut dihalang. Ini kerana, jika berlaku jualan air zam-zam juga, sudah pasti diragui – apakah benar itu air zam-zam yang asli, ataupun ia palsu.

Jika benar ia air zam zam yang asli pun, sudah pasti ia diambil melalui sindiket yang tidak mengikut proses undang-undang yang betul. Ini boleh dianggap sebagai salah dan tidak beretika, sedangkan agama amat menekankan soal etika.
Tujuan kerajaan Saudi melakukan tindakan sebegitu adalah untuk mengelak dari sebarang penipuan yang melibatkan air zam-zam.

Penutup

Dari kupasan ringkas ini, dapat disimpulkan seperti berikut:

Pertama, air zam-zam adalah air dari sebuah telaga berhampiran dengan Kaabah (pusat ibadat umat Islam seluruh dunia) di Mekah. Di tempat lain, tidak ada air zam-zam. Adapun air jampi, ia adalah air diambil dari mana-mana tempat pun. Dinamakan air jampi kerana ia dibacakan beberapa ayat al-Quran dengan tujuan untuk rawatan dan perubatan.

Kedua, menurut kepercayaan Islam, air zam-zam mempunyai keistimewaan tersendiri, seperti dikatakan doa mustajab jika berdoa selepas minum air tersebut dan sebagainya. Dengan sebab itu, tidak hairan ramai muslim “berlumba-lumba” mahu mendapatkan air tersebut.

Ketiga, air zam-zam pernah menjadi bahan kormesial sehingga melibatkan sindiket dan jualan air zam zam palsu di Saudi sehingga melibatkan di luar Saudi. Dengan itu, kerajaan Saudi telah menetapkan undang-undang menghalang pengkormesialan air zam-zam.

Keempat, demi mengelak penipuan dalam hal air zam zam ini, kerajaan Malaysia turut membuat keputusan yang sama – menghalang sebarang jualan air zam zam. (tamat)

万吉

80后,毕业于埃及Al-Azhar大学,在马来西亚吉兰丹大学完成硕士论文,现在是博士学位候选人。著作有《Aku bukan kafir》、《Kesederhanaan Nik Abdul Aziz》等。曾出任槟城首长资讯官,目前为大同工作室学术主任。